Khas buat anda yang berpendapatan tetap bulanan, mungkin anda dah cuba buat cash savings tapi tak nampak result kan. Cuba tukar strategi kalini, dengan mula menyimpan sebahagian gaji bulanan dalam bentuk EMAS FIZIKAL.
Simpanlah sedikit kekayaan kita, dalam logam fizikal yang terbaik iaitu EMAS. Cara sebegini ternyata telah terbukti mampu mengubah kesihatan kewangan ramai orang. Paling penting, EMAS FIZIKAL mampu menjadi penghalang aset peribadi kita daripada dirompak oleh makhluk yang ghaib yang dipanggil ”INFLASI”
Menurut pakar kewangan, ataupun golongan Licensed Financial Planner, ambil portion sebanyak 10% daripada portfolio aset pelaburan adalah kaedah terbaik serta selamat. Maksudnya kalau anda ada aset CASH sebanyak RM100,000 dalam bentuk simpanan, beli emas bernilai RM10,000 sahaja. Selebihnya RM90,000 lagi anda boleh simpan atau parking dekat instrumen kewangan lain.
Boleh melabur dalam kelas aset lain seperti hartanah, unit amanah, saham, kripto, ataupun mana-mana sahaja tempat yang anda ada ilmu yang banyak dalam sesuatu disiplin aset kewangan tersebut. Jangan sekali-kali masuk atau simpan duit dalam sesuatu pelaburan yang anda sendiri tak berapa faham tentang asasnya.
Silap hari bulan, ter-join program scam pula nanti. Sebab tu kalau nak senang & taknak ambil risiko besar, tukar je semua 100% bahagian simpanan dalam bentuk gram emas fizikal. Risiko anda boleh dikurangkan & keboleh-upayaan untuk survive dalam jangka masa panjang lebih terjamin.
Lepastu, sah-sah anda takkan kena scam, sebab dah simpan semua duit dalam ems fizikal. Emas ni ada aura, sifatnya untuk disimpan. Makin simpan lama & banyak, makin sayang nak jual. Duit tunai / duit elektronik ni sifatnya untuk dibelanjakan, nampak je ada nombor dalam akaun, kita mesti nak shopping sana sini..
Ada banyak cara diluar sana untuk anda mulakan langkah simpan EMAS fizikal. Tapi saya nak kongsi cara paling best setakat ni di Malaysia, untuk anda rasa pengalaman menyimpan emas secara fizikal. Platform Public Gold (PG) adalah salah satu tempat berjual-beli, dan simpan emas kita secara;
Takde hanky-panky dalam PUBLIC GOLD == ”Anda beli emas, anda dapat emas fizikal”. Pihak Public Gold hantar emas kemana sahaja lokasi anda di seluruh Malaysia & serata dunia. Kalau rajin & nak cuba buat side-income dengan emas simpanan kita pun boleh. Boleh mula belajar untuk jadi AGEN kepada platform Public Gold.
Saya amat teruja untuk menerima anda menjadi partner saya untuk kita menerokai bersama pengalaman sebagai PENYIMPAN + PENIAGA emas fizikal. Dapat 2-in-1 terus tu, simpan emas sambil buat duit guna emas. Terbuka juga untuk rakan taulan yang membaca website saya ini dari Brunei, Singapore, Indonesia & Thailand (ASEAN).
Mungkin ada perantau luar negara lain seperti di USA, Jepun, Korea, Perancis, UK dan dimana sahaja lokasi anda, tidak terkecuali untuk anda bersama saya & Public Gold untuk mula simpan emas fizikal, dan nak tambah pendapatan sampingan.
Kalau nak kaya cepat, jangan simpan EMAS FIZIKAL. Emas ni sekurangnya 2tahun – 5tahun baru nampak hasil mahsul yang agak ranum.. Nak lagi cepat untung memang kena berniaga emas ya..
Ramai dah orang guna teknik ni, contohnya makcik-makcik di Pasar Siti Khadijah yang jual sayur kat Kota Bharu ni ramai sandarkan modal mereka dengan emas fizikal (jewellery). Saya juga buat bisnes daging segar, guna modal dari emas fizikal yang ada. Boleh pajak / jual untuk cairkan aset anda. >> Anyway boleh klik tulisan link daging segar online ni kalau anda nak beli ya..
Dari zaman dahulu-kala lagi, emas memang terbukti tanpa gagal sebagai aset kelas terbaik untuk diterjemahkan sebagai tanda kekayaan. Kalau ada banyak duit, tak semestinya banyak emas kan. Tapi kalau kita ada banyak emas, semestinya kita seorang yang banyak duit (kaya). Sebab tu semua negara di dunia pun, simpan reserve dorang dalam jongkong emas fizikal. Orang kaya dunia pun suka simpan aset dalam bentuk emas fizikal. Ingat tau, mesti emas fizikal.
Emas ni untungnya dijana daripada capital gain. Beli masa harga rendah & jual bila harga dah naik. Beli-simpan-peram lah sampai rasa dah untung, boleh terus jual untuk rasa habuannya. Namun itu adalah cara konvensional buat untung dengan emas secara pasif. Nanti boleh belajar macam mana nak untung walaupun harga emas turun. So stay tuned.
Di Public Gold, memang best sebab kita boleh jadikan emas simpanan kita sebagai medium jualan. Anda boleh buat jual-beli tau dengan orang awam. Tapi ada cara paling best di platform Public Gold, dengan jadi AGEN, dah boleh dapat pelbagai manfaat. Nak terus daftar? BOLEH KLIK SINI
Nak senang masa kecemasan, kena ada back-up cash sekurangnya 3bulan gaji (sekiranya anda kerja tetap). Nanti bila berlaku benda tak diingini, kita ada duit untuk cover tanpa keluarkan savings sedia ada. Emas boleh gantikan EMERGENCY FUND dengan baik. Contohnya gaji sebulan anda RM3,000 maka anda memerlukan RM9,000 sebagai dana kecemasan. Boleh buat bahagian 50/50 terus, dengan cara simpan Rm4,500 tunai + 4dinar Public Gold (nilai rm4500 kini). Ini sebagai cadangan ilustrasi sahaja.
Selain KWSP , Tabung Haji & ASB, kita mungkin ada simpan dana pencen sendiri. Banyak juga skim yang ada diluar sana. Namun tahu tak, bahawa emas lah aset terbaik untuk buat dana pencen anda nanti hari tua. Emas memang terkenal dengan LONG-TERM & ”safe heaven asset class”. Jadi simpan emas untuk persaraan dalam jangka panjang, boleh bagi impak positif dari segi capital gain masa umur kita dah capai 60-an nanti
Saya tak berapa cadangkan anda guna Ar-Rahnu jika untuk sesetengah keadaan. Namun cara ini dah diguna oleh orang lama lagi sebelum kita. Inilah best emas, boleh buat cagaran, boleh guna masa betul terdesak untuk cover tunai sementara. Namun harus ingat, jangan syok sangat masuk pajak sampai barang tak boleh tebus ya..
Maksud FINANCIAL INDEPENDENT adalah dari segi membuat pilihan kewangan sendiri. Kita adalah berhak 100% keatas cara kita manipulasi duit & aset kekayaan kita. Yang best pasal emas ni, LHDN & BNM tak boleh detect berapa banyak kita simpan emas fizikal.. Dan takde siapa pun tahu, melainkan kita yang bagitahu dekat orang lain. Hehehe.. Mungkin ramai suka, sebab inilah financial independent yang sebenar..
Kalau kita nak beli kereta atau rumah pertama lagi beberapa tahun, boleh guna emas sebagai alat back-up. Mungkin kita agak takde disiplin nak simpan cash tiap bulan. So emas boleh dijadikan sebagai Plan-B kita untuk mencapai nilai deposit 10% atau 20% yang bank perlukan nanti. Masa tu, mungkin anda tersenyum sebab masa beli emas dulu dapat harga murah, then lastly masa jual semula emas tu untuk deposit pada bank, harga agak meningkat.. Senyum lebar masa tu, rumah pun dapat / kereta idaman pun dapat.. Tapi kalau harganya turun pun, ada sedih lah sikit..
Setiap dari kita ada rancangan dan harapan masing-masing. Emas boleh diguna untuk banyak keadaan contohnya;
1- Dana perkahwinan, boleh guna untuk buat Mas Kahwin pada pengantin perempuan + duit belanja hantaran + duit preparation kenduri
2- Dana persekolahan & universiti anak-anak ; menabunglah emas untuk anak kita dari usia mereka kecil. Nanti hasilnya akan buat anda terkejut & lega.
3 – Dana untuk menunaikan Haji + Umrah; Kos haji umrah ni makin meningkat tiap tahun, tapi kalau anda konsisten simpan emas tiap bulan untuk capai impian ke Tanah Suci, anda akan dapati kos yang anda bayar lebih berbaloi dengan tenaga anda untuk kumpul duit kesana.
Kalau tak cukup modal macam mana? Ataupun kalau modal ciput pula, layak ke nak simpan emas?
Jangan risau, memang boleh bermula dulu sebanyak 0.3gram ++ je, iaitu bersamaan dengan RM100 (gram emas berubah ikut harga semasa). Kalau cukup nak beli terus 1gram setiap bulan lagi bagus. Tapi kalau modal sikit, simpanlah sikit-sikit, sampai cukup 1gram nanti, boleh bawa keluar emas fizikal kita untuk ambil pegang di tangan sendiri.
Jangan lupa isi terus Nama, Emel & No.HP (Whatsapp) anda dalam ruangan yang ada ni, untuk saya hubungi serta berkongsi dengan pelbagai topik menarik, strategi, Do’s & The Dont’s, kisah penipuan, kisah kejayaan, mitos serta teknik tersembunyi yang tak ramai tahu tentang emas fizikal.
Lebih baik anda bermula sekarang, daripada diam tidak berbuat apa-apa. Mungkin dengan ”Single-Baby-Step” anda harini, mampu mengubah nasib kewangan diri serta membantu sekeliling orang tersayang kita ke arah asas kewangan sihat & harmoni. Jumpa nanti di lain masa ya..
Saya Haizad Ibrahim, seorang jejaka yang sangat ghairah berkongsi pengalaman pahit manis selama 15 tahun dalam trading Emas-Perak-Fizikal sahaja. Bermula dari tahun 2008, saya dah mula bergiat aktif sebagai seorang trader emas perak fizikal. Minat yang sangat mendalam pada dua logam mulia ini, bermula sebab saya merupakan seorang pelajar Universiti Malaya dalam bidang Applied Geology. Kursus yang banyak kaji pasal unsur Bumi, kejadian plat tektonik dan sejarah dulu-kala bagaimana sesuatu proses luluhawa berlaku & banyak lagi. Dipendekkan cerita, ada kajian lapangan yang perlu pelajar pergi sampai ke dalam hutan, bukit bukau, pantai dan lombong-lombong termasuk lombong emas (Penjom & Kechau Tui).
Ketika itulah, minat yang sangat mendalam lahir dari sanubari tentang logam emas, melihat sendiri depan mata bagaimana batuan dalam Bumi dipecahkan dengan dynamite, banyak lori membawa batu-batu untuk diproses ke dalam kilang – sehinggalah proses Refining, Assaying, Moulding sampai jadi seketul kilobar padu. Dari situ saya mula belajar & banyak baca buku tentang pelaburan emas, simpanan emas, tak kira buku orang putih pun saya tetap baca sebab terlalu ghairah tentang ilmu emas & ekonomi.
Sehinggalah pada suatu ketika saya mula terbaca dalam surat khabar, kehadiran Dinar Kelantan, keluaran KGT pada ketika itu. Rupanya dah ada sejak tahun 2006 lagi Dinar Kelantan pertama dalam pasaran, cuma masa tu sangat underdog sebab takde orang buka mata pasal emas pelaburan berbentuk goldbar & dinar. Saya terus beli 1dinar yang masa tu harga dalam RM500++ (tahun 2008) dengan duit biasiswa JPA + duit daripada hasil persembahan dikir barat masa zaman universiti.
Waktu tu ramai mula ada di Facebook. Mula berniaga di FB. Buat posting + bisnes guna SMS saja + calling.
Sehingga saya apply jadi dealer kepada salah satu syarikat gergasi emas iaitu Public Gold (Priority Dealer) pada awal tahun 2009. Saya yakin anda cukup kenal dengan syarikat yang saya maksudkan ini.
Bila dah jadi dealer, saya lagi agresif promosi goldbar & silverbar keluaran syarikat PG. Produk KGT pun sebat juga buat jualan offline & online. Saya masuk universiti awam sekitar KL bila ada event untuk promosi kepada pensyarah yang ada. Sehingga satu masa pada 2011, ada event dalam Universiti Malaya dianjurkan oleh pihak KGT sendiri, dan saya pada ketika itu dilantik jadi macam duta UM untuk promosikan Dinar & Dirham Kelantan disana. Nama saya mula meningkat naik serta mula dikenali di seluruh warga UM & internet, dengan jolokan ”pokujako abang dinar”
Dulu saya pakai nama pena ”Abang Dinar” dan mungkin ramai geng-geng emas zaman 2010,2011,2012 mengenali saya dengan panggilan pokujako (nickname)… Bersambung… —